Khamis, 10 Disember 2009

Muhasabah Cinta...

Acap kali papa ditanya bila akan berkahwin kalau berjumpa kawan2 lama, pelajar2, saudara mara dan lain-lain. Jawapan paling mudah papa jawab "Insyallah nanti akan bertemu juga". Ironinya, ada yang menyangkal...."tidak cukup usaha" "tak mencari kot" "tak buka hati kot" "memilih sangat kot" "bukannya susah nak cari, tak mau kahwin kot"...bermacam "kot" dan "kot". Banyak pandangan dan pelbagai lagi jawapan yang DIJAWAB bagi pihak papa. Papa hanya mampu tersenyum. Soalan cepu mas itu memang sukar untuk dijawab dan yang paling sukar dimengertikan KENAPA manusia TIDAK MAHU FAHAM bahawa HIDUP,MATI,JODOH dan REZEKI adalah ketentuan Allah.Kita hanya mampu berusaha. Hanya Allah s.w.t. lebih mengetahui. Sepanjang 26 tahun ini, papa sudah mengenali pelbagai ragam manusia yang bernama wanita, gadis... baik hidung berbelang, hidung yang tak berbelang, hidung tinggi, hidung penyek, hidung resdung hehehe....Papa sudah berusaha dan berdoa tapi belum sampai masanya bertemu jodoh. Mencari jodoh bukan seperti ke pasar. Mak papa pernah berkata pada Papa "Perkahwinan itu satu perjudian" malah kawan2 baik juga pernah berkata begitu. Papa percaya perkahwinan itu satu perjudian. Nasib sabut timbul, nasib batu tenggelam. Tapi kalau dari awal jika papa tahu papa akan kalah dalam perjudian itu, papa rasa lebih baik tidak papa teruskan. Papa percaya bahawa jodoh itu ketentuan Allah. Semuanya telah tertulis di Loh Mahfuz. Papa akan berusaha dan berdoa. Yang penting jodoh papa ialah SESEORANG YANG MENDEKATKAN DIRI PAPA KEPADA ALLAH S.W.T. BUKAN YANG MENJAUHKAN. Insyallah suatu hari nanti, papa akan bertemu jodoh saya samada di dunia atau di akhirat. Amin."Ya ALLAH.....jika aku jatuh cinta, cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada MU, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai MU" Insyallah....

Artikel : Jodoh Itu Ketentuan Tuhan Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Ms. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati

cuti-cuti ke Melaka bersama My Son's..


Isnin, 30 November 2009

Ahad, 29 November 2009

Catatan Istimewa Buat Seorang Insan yang kukenali..

izinkan papa untuk berbicara buat seketika di luar normal bahasa biasaku....

'awak', itulah panggilan paling indah yang pernah kuungkapkan untuk seseorang yang istimewa yang baru aku kenalinya.. aku mengerti bahwa dirimu amat berharga yang amat disanjungi semua orang... namun, dalam pada aku mencari kebahagian diriku ini, aku telah menemui dirimu.. awak muncul tika saya berduka lara seketika... akan tetami, kemunculan awak mungkin tidak lama untuk saya kerna awak sudah pun berpunya.. biarpu niat di hati ingin bersama.. tetapi saya mengerti yang ianya milik orang... akan tetapi, izinkan saya untuk menjadi bertamu jua di hati awak, sekiranya ada ruang dan peluang yang diberikan untuk saya..

saat memulakan perkenalan, begitu teruja untuk saya mengenali awak walau apa cara sekalipun.. tidak kira dimana juga bagaimana untuk menemui dirimu... walaupun saya mengetahui status awak, namun saya tetap mengagahkan diri untuk bertemu dengan awak tempoh hari.. saat awak menyapa di kedai cendol dengan bertanyakan 'makan cendol ker..' sudah cukup bermakna buat diri saya kerana awak sudi untuk bertemu dengan saya... terima kasih saya ucapkan..tika berjalan, tika bersama, tika berdua, awak tak kisah pun bersama saya.. terima kasih sekali lagi atas keikhlasanmu untuk berada berhampiran denganku... tak kira kemana pun awak sanggup untuk bersama dengan saya.... terima kasih untuk segalanya.... saat melangkah menuju ke sebuah teratak indah, begitu berharga buat diriku... walaupun aku mengerti untuk segala-galanya...

awak,
kaseh dan harapan secara tidak langsung yang awak berikan telah membuat saya menghargai diri awak teramatnya.. saya cuba untuk menyelami dunia dan realiti kehidupan awak sebenarnya... walaupun terdapat batas yang menghalanginya.. awak, maafkan saya andaikata saya melampai segalanya.. yang saya ingin awak tahu dan percayalah... saya sayangkan awak....

sowie... papa termelayan perasaan.. uhuhuhuh... papa tetap kiut k... jangan risau.. papa sayangkan anak2 papa jugak tau....

uhuhuhuh.. comeynya awak.. huhuhuhuhu
28 November 2009 Pasaraya TF, Tesco dan Sg Terap...

Jumaat, 27 November 2009

my side bisnes..

macam biasa ler biler jer tetibe musim cuti sekolah nie (uhuhuhu dulu papa merasa ler cuti sekolah) papa akan mula menjadi sebuk.. sehingga ler cuti sekolah hujung tahun depan pun papa dapat tempahan.. uhuhuhu.. hari nie jer ader 3 majlis.. tapi, papa akan berada di satu majlis jer.. tue pun sebab cosmate papa yang tempah.. uhuhuh.. lama jugak dier tempah.. emm.. minggu lepas papa sibuk kat tampin, tak sempat ler nak balik rumah sebab ader uruskan pameran sempena pertabalan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir... papa ngan cosmate papa namernyer laila sekali... uhuhuhuhuh... yang penting adik papa can do it and handle about that.... hari nie sepupu papa pun ader kenduri jugak.. tapi papa tak gi kot... papa send mak dengan abah papa jer.. uhuhuhuhuh.. sebabnyer.. hri nie cadangnya.. papa ader date.. uhuhuhuhu...

Khamis, 26 November 2009

Ghaye HaJI

selamat ari ghayer haji... uhuhuhuh semalam papa balik kg lambat.. kul 6.30 petang baru bertolak.. uhuhuhuh punyer ler teruk jemnya.. sampai kul 3.30 pagi papa sampai rumah.. uhuhuhuhu... penatnya.. tak yah ler nak diceritakan.,... emm.. nie papa guna bandbroad search internet yang baru papa beli.. uhuhuhuhuh.. nie kat sekeliling papa nie sumer anak sedar papa... ramainya.. uhuhuhu.. along ader, angah ader,.. irfan ader.. termasuk ler geng2 baru yang sampai baru jer.. uhuhuhuhuhu.. hehehhehe...

Rabu, 25 November 2009

demam, batuk, selesema

uhuhuhuh.. makin menjadi-jadi demam papa nie.. selesema pun kurang dah.. tapi, batuk memang tak ingat dunia.. uhhuhuhuh.. sakit ler cam nie.. sok dah nak raya haji.. tak macho ler nanti.. suara dah makin seksi nie.. uhuhuhuu.. tak per.. yang penting, kerja mesti diutamakan.. kalau nak utamakan anak bini, susah ler pulak.. uhuhuhu.. bdan cam dah lemah jer.. alamatnya, sampai malam ler kat perak nanti... uhuhuuhuh... ipoh... tunggu aku...

Selasa, 24 November 2009

percayalah.. ku ingin dirimu dekat dihatiku....

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

MUHAMMAD IKHMAL AQIEF




alhamdullillah.... selamat jua akhirnya setelah 9 bulan kau berada bersama kami di alam lainmu... tahniah buat HERO Kolej Komuniti Tampin, semoga dikau kan menjadi anak yang soleh disamping keluarga yang bahagia...

bad week..

minggu nie penat sikit.. banyak kerje... pastu.. ari nie papa demam sikit.. uhuhuhuh.. tak larat ler nak bangun.. tapi, pagi tadi papa bangun lewat.. kul 7 rasernyer.... sebab tidur sekejap jer.. uhuhuhuh.. walaupun bad week.. tapi papa nak kongsikan satu cerita.. papa raser happy sangat minggu nie.. sebab papa bertemu dengan sorang kawan baru.. uhuhuhuh.. kerje dier sama ngan papa.. jadi cekgu jugak.. uhuhuhuh.. bagus golongan pendidik nie.. yang penting, hati kita akan tenang dan bahagian biler berkawan.. anak2 papa pulak, papa tak akan luperkan,.. sebab hari2 papa kontek kan.. tanya kabar pastu macam maner ngan spm.. papa harap anak2 papa akan berjaya jugak.. yang penting, our relationship its very important than anything in the world.. uhuhuhuhuh.. biar aper pun yang terjadi.. papa sayang anak2 papa...

Rabu, 18 November 2009

SPM again

hari nie sekali lagi papa menyaksikan anak2 papa akan berjuang dalam menempuh SPM yang mendatang. malam tadi tak tidur malam pap dibuatnya sebab memikirkan anak2 yang sudah bersediakah menjawab soalan SPM.. tapi tak per.. papa faham.. anak pap boleh melakukannya.. emm... tapi dalam kerisauan ini pun terkhabar juga berita yang menyedihkan.. sian kat anak papa shakira... ayahnya telah kembali ke rahmatullah.. semoga shakira tabah menghadapi ujian daripada tuhan yang maha esa.. buat anak2 papa yang lain, papa doakan berjaya menjawab soalan SPM 2009 dengan tenang dan tabah.

Ahad, 8 November 2009

i'm back

emm.. dah lama giler papa tak bukak blog nie.. tapi tak per semenjak orang ramai mula menggunakan 'muka buku' nie, dah jarang ler pulak orang memblog.. deme nie ikut musim agaknya.. tapi tak per.. papa tak kesah.. uhuhuh... semalam papa tengok citer awan dania... sonoknye.. tergelak2 papa tengok sensorang.. leh tengok ulangan jer.. sebab ari tue ader kursus... otel tue tak der pulak astro chanel ria... uhuhuh... teringat papa, tentang GADIS JINGGA.. heheheh dier owang pun guna blog.. nampaknyer... ader jugak movie yang masih nak mempopularkan blog.. baguih...

Isnin, 2 November 2009

e-sis

best jugak kursus kat sini.. uhuhu Tower Regency Hotel, Ipoh.. leh ler sambil menyelam minum air.. balik kg sekali.. pasni nak g gerik pulak... nak dijadikan citer.. uhuhuh hari pertama kami di sni.. sudah kedengaran kisah orang bunuh diri terjun bangunan dari tingkat 17... huhuhuh.. bilik papa tingkat 16 pulak tue...

Selasa, 20 Oktober 2009

Cari Jodoh...

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim durian hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku
aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Khamis, 15 Oktober 2009

Diari Seorang Hati Yang Terluka

ENTAH BERAPA KALI KU SERING BERFIKIR
MELAWAN HATI YANG PILU DAN PEDIH
PABILA DIRI DIPERMAINKAN DAN DIPERSENDAKAN OLEH
CINTA YANG SERING MEMPERMAINKAN PERASAANKU..
ADAKAH AKU DILAHIRKAN DENGAN JIWA YANG MALANG
SERING TERKELIRU DENGAN KATA-KATA MANIS MANUSIA
YANG AKHIRNYA DIMUSNAHKAN OLEHNYA
SETELAH HARAPAN YANG DIBERIKAN
KU TAHU..KU SEDAR...KU BUKAN YANG TERBAIK
JAUH SEKALI UNTUK MENJADI PILIHAN ORANG
TETAPI SALAHKAN INSAN YANG MENHARAP BELAIAN CINTA
APALAH ERTI DIRI INI SERING DISELUBUNGI JANJI JANJI INDAH
SESUDAH DIRI RASA SAYANG WUJUD DALAM HATI
JASAD KU DAN JIWAKU DIPINGGIRKAN UMPAMA MENANTI CAHAYA YANG SURAM DI MALAM HARI....
SUDAH BERKALI KU DIPERMAINKAN
CUKUPLAH SEKALI INI
KERANA AIRMATA INI SUDAH KENAL ERTI JEMU
YANG MENGALIR MEMBASAHI PIPI
TATKALA HATI YANG KECIL DILUKAI....
MEMANG BENAR RAKANKU BERKATA
AKU DILAHIRKAN UNTUK KESEORANGAN...
WALAUPUN LUARAN KU NAMPAK KECERIAAN
TETAPI DALAM HATIKU HANYA TUHAN YANG TAHU
ENTAH BAGAIMANA DIRIKU YANG TEGAS DALAM KEHIDUPANKU
TEWAS DENGAN PERMAINAN KATA-KATA
BIARLAH MASA MENENTUKAN.............................
BICARA YANG MANIS AKAN MENJADI PAHIT TATKALA HATI MULAI BERJUMPA SINAR
MEMANG BENAR BICARA MANIS AKAN MENJADIKAN DIRIKU SENGSARA
INILAH DINAMAKAN KASIH SAYANG YANG DIBALAS DENGAN AIRMATA....

Rabu, 14 Oktober 2009

Khamis, 8 Oktober 2009

Mesyuarat... Safari Resort..

uhuhuh... hari nie papa terlibat dengan meting penyelarasan kewangan.. uhuhu... bertempat di Safari resort kuala kangsar.. uhuhuh.. ngantuk nie.. seharian wat bajet.. nak mintak bajet.. uhuh.. penatnyer.. nie pun sambung sampai ke malam.. uhuhuh.. makan pun belum lagi.. uhuhu... lapar giler nie...

Rabu, 30 September 2009

travel.. cuti2 Malaysia

emm.. aktiviti untuk bulan oktober nie.. uhuhuh padat ler jugak..

6-7 Oktober : Lawatan Kerja Kolej Komuniti Pasir Gudang
12-16 Oktober : Mesyurat Penyelarasan di Grand Continental, Kuala Terengganu

penat jugak nie.. nie pun baru jer balik dari KK Cawangan Kota Melaka...

Isnin, 28 September 2009

RumaH PaPa..

nie ler gambaran rumah papa... emm sewanya 200 jer.. murah sikit.. hehehe.. dok kat sini best jugak.. sebab., sekelilingnya masyarakat kampung.. yang ado hanya pakcik2 dan makcik2.. tapi, papa tak sompet laie nak beramah mesra sangat.. sikit2 ado la... emm.. nanti jemput ler datang umah papa tau.. no 25, perumahan rakyat Kampung Gemencheh Lama, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan.. hehehe.. siap promote lagi.. emm.. nie sumer hasil papa bekerja kat SEMAIAN tercinta dahulu...

set comfoter nie hadiah daripada cekgu2 wanita di SEMAIAN.. time kaceh.. AKEMI tue..
meja consul.. ader rehal istimewa kat atas tue.. hadiah daripada Kak Fauziah atas khidmat yang dicurahkan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar tahun 2008
Sofa L shape.. idamanku.. murah jer.. 200...
kos keseluruhan perabot nie tak mahal pun.. dalam RM 2000.00 jer.. dah dapat sumer nie.. set bilik tidur yang lengkap dengan katil, meja makan, sofa L shape, Rak Dapur, Meja konsul sekali.. uhuhuhhuh.. dibeli di Alor Gajah Melaka.. murah jer..
meja makan 4 orang jer... candle light dinner hari2
dapur rumah papa.. bersepah sikit... hehehhe, peti ais tue pun hasil duit kerje kat SEMAIAN jugak... tahun lepas 2008..
rak TV nie papa suka.. sama macam kat rumah cekgu ira.. pastu tv tue pulak sama dengan cekgu jah ngan nazri punyer.. macam berjanji ler pulak.. biler ler nak masuk astro kan.. kat bawah rak nie, sumer survinior yang papa dapat...
almari dapur.. murah jer.. masuk dalam jumlah kos keseluruhan.. huhuhuh... siap susun sett giacomo lagi... hehehhehe...

Ahad, 27 September 2009